"Mana ada orang tak ada hutang!!"
Mungkin ada yang menyangkal dakwaan ini,tapi bagi kebanyakkan orang,inilah hakikatnya.Hutang atau dengan perkataan lebih 'manis' kemudahan kredit sememangnya tidak asing bagi kita.Ia datang bertubi-tubi tanpa kita sedari.Belum cukup bulan,gaji sudah habis dibelanjakan.Kita seolah-olah hanya menjadi transit untuk duit bertukar tangan.Lebih parah lagi,pemberi hutang seperti bank tidak henti-henti membuat panggilan 'mesra' bertanya khabar.Walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk melangsaikan pinjaman yang diambil,namun masalah tetap sama.
"Aduh!Mengapa tidak ada orang yang faham masalah aku"
Saya tahu keadaan ini kerana saya juga pernah mengalaminya.
Melalui sedikit sebanyak pembacaan,pengalaman hidup dan bekerja di sektor perbankkan hampir 10 tahun di bahagian 'Pemulihan Pinjaman' cukup memberi gambaran jelas keadaan ini.Hampir setiap hari saya berhadapan dengan mereka yang mengalami masalah dalam menjelaskan pinjaman mereka seperti pinjaman rumah dan kereta.Mungkin ada diantara pelanggan yang saya temui akan mengatakan pihak bank atau lebih tepat lagi saya tidak memahami masalah yang mereka hadapi.Tapi realitinya kehidupan kita adalah sama sahaja.Saya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan walaupun terdetik rasa simpati ketika melihat rumah mereka hampir dilelong atau kereta mereka ditarik.
Saya yakin tiada orang di dunia ini akan berniat membuat pinjaman tetapi sengaja tidak mahu menjelaskannya.Memang mudah orang lain berkata yang setiap hutang perlu di bayar tepat pada masanya,tapi bak kata orang dulu-dulu "Ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan 'lebat' di tengah hari".Pinjaman yang pada mulanya sedikit,tanpa kita sedari telah mengelilingi dan menghantui kita.Tutup satu lubang satu,tiga kolam kadangkala terbuka.
Sebaik sahaja tamat belajar atau mula bekerja,sasaran utama biasanya adalah memiliki kereta sendiri.Tidak salah memilikinya.Belum pun selesai pinjaman tersebut,rumah sendiri pula menjadi idaman.Kini tanpa anda sedari,anda telah menanggung dua pinjaman yang perlu dibayar setiap bulan.Bagi mereka yang masih bujang,apabila tiba masa untuk mendirikan rumah tangga,pinjaman peribadi pula akan terlitas di fikiran.
Seperti kebanyakkan orang,rumah baru yang mereka miliki perlu diisini dengan barang-barang.Jika tidak menggunakan kad kredit,tawaran bayaran secara bulanan atau mingguan akan menjadi pilihan.Kini anda memiliki segala yang anda inginkan.Dan tanpa anda sedari juga hutang anda kini telah sampai ke paras hidung!!
Kini mimpi ngeri mulai menghantui mimpi-mimpi indah anda.Dan pihak yang memberi pinjaman akan berkata "Kemana anda mahu lari!!".
Secara dasarnya tidak salah mengambil hutang atau pinjaman.Malah bagi mereka yang bijak menggunakan kemudahan kredit ini,mereka berjaya membina kekayaan.Yang pentingnya adalah bagaimana kita mengawal pinjaman yang diambil.Fikirlah 10-20 kali sebelum membuat keputusan untuk membuat pinjaman.Sebagai contoh,anda seharunya berfikir 10 atau mungkin 100 kali sebelum mengambil pinjaman rumah kerana bagi kebanyakkan orang,inilah satu-satunya hutang yang paling panjang tempoh bayaran baliknya atau lebih tepat lagi hingga ke umur pencen.
Bagi anda yang telah terlanjur 'tersungkur' di dalam dunia kegelapan ini,saya yakin masih ada jalan keluar.Cubalah cari jalan dengan cara berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan mereka yang berpengalaman.Membaca buku-buku berkaitan pengurusan kewangan peribadi juga merupakan satu langkah yang bijak dalam usaha mencari jalan keluar.
Di harap blog ini boleh menjadi platform untuk kita bertukar-tukar pendapat bagi mencari jalan penyelesaian dalam menguruskan kewangan kita bersama.
http://www.youtube.com/watch?v=ApQDQV6iHQQ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesebab tu lah kita kena beringat..berhutang cuma utk enda2 yangg penting je mcm rumah tu tak pe lah.. ini klu sume menda nak hutang..shopping bagai pon hutang camne.. huhu
ReplyDeletep/s :btw...1st tym komen di sini.. salam kenal. keep in touch k & hit me back kay! :)